Akan Datang
TERMA DAN SYARAT WARANTI :-
  1. Waranti bagi kerosakan daripada pengilang untuk kenderaan petrol adalah selama 12 bulan atau 25,000km pemanduan (mana yang terdahulu), manakala untuk kenderaan diesel adalah selama6 bulan atau 20,000km pemanduan (mana yang terdahulu).
  2. Sila hubungi 016-301 4111 untuk khidmat waranti sekiranya terdapat masalah pada bateri anda. Pegawai Khidmat Pelanggan kami akan memberikan lokasi Pusat Tuntutan (Claim Centre)com.my yang berhampiran dengan anda.
  3. Untuk membuat tuntutan waranti, anda boleh pergi ke mana-mana Pusat Tuntutan (Claim Centre)yang terpilih. Tiada bayaran akan dikenakan sekiranya anda membuat urusan tuntutan di Pusat Waranti.
  4. Sekiranya Pelanggan ingin membuat tuntutan waranti secara On-Site, bayaran lawatan sebanyak RM50 akan dikenakan. Sekiranya Pelanggan enggan membuat bayaran lawatan, pihak kami berhak untuk menolak permintaan lawatan tersebut.
  5. Urusan tuntutan waranti akan diproses selama 5 hari bekerja.
  6. Bateri gantian akan diberikan sementara bateri yang bermasalah dihantar ke kilang untuk pemeriksaan.
  7. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mengambil semula bateri yang telah di Re-Chargeddalam tempoh 30 hari selepas tarikh pemberitahuan. Tuntutan untuk Bateri Re-Charged yang tidak diambil selepas 30 hari dari tarikh pemberitahuan akan dianggap terbatal dan akan ditamatkan.
  8. Bateri baru akan diberikan kepada Pelanggan sekiranya bateri yang bermasalah telah disahkan mengalami kerosakan dari pihak pengilang.
  9. Untuk kenderaan yang telah ditinggal lebih 14 hari dan tidak boleh dihidupkan, servis jumpstart akan diberikan dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.
  10. Sila maklum, sekiranya kerosakan atau bateri discharged(bateri habis) adalah disebabkan oleh masalah alternator, masalah pendawaian, lupa memadam lampu kenderaan, kereta tidak dihidupkan dalam tempoh masa yang lama, penggunaan aksesori elektrik yang tidak betul, kecuaian Pengguna atau mana-mana masalah yang bukan disebabkan oleh kerosakan dari pihak pengilang adalah tidak termasuk di dalam tuntutan waranti. Untuk memastikan bateri layak untuk tuntutan waranti, Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memastikan alternator dan pendawaian elektronik kereta berfungsi dengan baik dan bateri digunakan dengan betul. Kami berhak untuk menolak tuntutan waranti sekiranya terdapat modifikasi tidak berdaftar pada enjin atau pendawaian kereta seperti mana yang telah ditetapkan oleh Pengeluar kenderaan.
  11. Sekiranya bateri didapati habis (bukan rosak) disebakan oleh masalah penggunaan semasa lawatan tuntutan dilakukan, Specialist kami akan melakukan jumpstartuntuk membenarkan kereta mengecas bateri tersebut.
  12. com.my hanya akan bertanggungjawab ke atas tuntutan waranti bateri kenderaan yang dijual oleh TukarBateri.com.my sahaja. TukarBateri.com.my tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang permasalahan yang berlaku ke atas kenderaan atau waranti kenderaan sekiranya Pelanggan memutuskan untuk menggunakan spesifikasi bateri yang berbeza sama ada yang lebih tinggi atau lebih rendah dari spesifikasi yang telah ditetapkan. Sila maklum, sebarang tetapan semula sistem kenderaan (sekiranya perlu) selepas penukaran bateri hendaklah dilakukan sendiri oleh pelanggan di mana-mana pusat servis diatas kos Pelanggan sendiri.
Dimanakah lokasi
TukarBateri?
Hubungi kami sekarang!
go top