Seperti yang kita sedia maklum, keadaan trafik di Malaysia saban hari makin sesak. Tak tahu apa puncanya. Samada kereta depan sengaja memandu dalam keadaan yang perlahan, ada berlaku kemalangan di hadapan atau terlalu banyak kenderaan menuju ke destinasi yang sama dan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Kadang-kadang dah sampai depan, jalan clear pulakkkk. Jadi punca jalan sesak tu sebab apa? Confused! Haha..

Untuk memastikan perjalanan kita ke destinasi tempat kerja selesa dan selamat, banyak faktor yang perlu dititikberatkan. Antaranya penyelenggaraan minyak hitam, minyak gear, pendingin hawa dan juga bateri kereta. Kebanyakan model kereta dilengkapi dengan bateri kereta yang ‘maintenance free’ dan ia selalu diketepikan dan tidak diendahkan kerana secara amnya, bateri kereta jenis ini mempunyai jangka hayat yang lama. Namun, sekiranya kereta anda terdapat banyak aksesori, jangka hayat bateri kereta juga akan turut terkesan.

Bila ’maintenance free‘ ni orang selalu fikir ‘oh tak payah la nak servis bateri kereta, lagipun ia mesti tahan lama’. Bukan… Salah tu… ‘Maintenance free’ bukanlah bermaksud langsung tak payah ambil tahu. Kita kena ambil tahu dan ianya wajib sebab kereta kita kan nak pakai lama. Kalaulah anda semua dah pakai lama bateri kereta tu tapi tak pernah jadi bateri kereta kong, seelok-eloknya pergi periksa bateri kereta untuk pastikan yang ia betul-betul dalam keadaan yang stabil dan masih boleh digunakan secara optima.

Bateri kereta sememangnya memainkan peranan yang sangat penting. Ia berperanan sebagai komponen pemula untuk menghidupkan enjin kenderaan anda. Tanpa bateri kereta yang baik, kereta anda takkan boleh dihidupkan dan takkan boleh bergerak. Melainkan anda tolak kereta hehe…

Bateri kereta berfungsi untuk membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin kereta anda. Dalam erti kata lain, ia juga berfungsi seperti paru-paru untuk kenderaan anda. Sebab tu la kena jaga elok-elok bateri kereta kita. Kena selalu check bateri kereta okay ke tak. Kalau tak nanti nak pergi kerja tersadai kat tepi jalan barulah nak mula panik tak tahu nak buat apa.

Nasib baik lah sekarang ada TukarBateri. Kami boleh tolong selesaikan masalah bateri kereta anda. Rider kami boleh hantar, periksa dan pasang bateri kereta di lokasi anda secara Percuma. Anda hanya perlu bayar harga bateri yang dibeli sahaja. Call atau WhatsApp kami di talian 011-1608 1608. Kami akan sampai dalam masa 20 minit.

Lawati Blog Kami Terkini

Post comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

go top