Tips Pilih Harga Bateri Kereta Terbaik

Bila nak tukar bateri kereta, mulalah pening kepada. Sebab apa? Pertama, sah-sah kena keluar duit lebih. Kedua, bila masuk bab nak pilih bateri kereta. Harga bateri kereta mestilah nak yang murah. Kalau tak murah pun, biar padan dengan harga. Masalahnya, di Malaysia ni kita disuap dengan bermacam-macam jenama daripada pembekal-pembekal yang berlainan. Risau salah pilih bateri kereta satu hal, risau kena ‘ketuk’ satu hal.

Jadi macam mana nak pilih bateri kereta murah dan lebih baik, berbaloi di Malaysia?

Ada Rupa, Ada Harga

Bak kata orang tua-tua, ada rupa, ada harga. Tengoklah sesuatu barang melalui rupa atau keadaannya. Nak pilih bateri kereta terbaik pun sama. Tengoklah spesifikasinya. Kebanyakan laman web pembekal bateri kereta di Malaysia akan sediakan senarai bateri kereta berserta nama produk, jenama produk dan spesifikasi produk. Senarai harga bateri kereta juga biasanya disertakan bersama. Laman web TukarBateri tiada bezanya. Kami sediakan segala maklumat yang anda perlukan untuk bandingkan harga bateri kereta.

Apakah spesifikasi bateri kereta yang perlu anda titik beratkan bila anda mulakan proses pemilihan?

Saiz Bateri Kereta Anda

Pertama, anda kena tahu saiz bateri kereta anda. Sebab itulah anda perlu simpan maklumat kereta anda sejak awal pembelian. Saiz bateri kereta dan spesifikasi am biasanya tertera pada manual kereta anda. Sekiranya anda dah buat modifikasi untuk bateri kereta anda, simpan resit tersebut supaya senang anda nak hadkan perbandingan bateri kereta baharu anda. Saiz bateri kereta yang perlu anda periksa ialah dari segi tinggi dan lebar. Fizikaliti ekstra yang anda boleh periksa ialah kedudukan terminal bateri kereta. Jangan nanti saiz dan lebar dah betul, tiba-tiba terminal bateri kereta pula tak kena.

Nilai ‘Cold Cranking Amps’ (CCA) Bateri Kereta Anda

Kedua, periksa nilai ‘Cold Cranking Amps’ (CCA) pada bateri kereta. Nilai CCA ni akan beri gambaran macam mana bateri kereta tersebut akan tangani perubahan cuaca. Bateri kereta biasanya sukar berfungsi dalam cuaca sejuk jadi bila nilai CCA tinggi, anda boleh anggap bateri kereta tersebut boleh tangani perubahan cuaca ketara. Nilai CCA penting untuk pastikan bateri kereta anda tahan lama dan berfungsi dengan baik untuk iklim Khatulistiwa di Malaysia. Terutama bila musim hujan – sekejap panas terik, sekejap rebut petir.

Kadar ‘Reserve Capacity (RC) Bateri Kereta Anda

Ketiga, periksa kadar ‘Reserve Capacity’ (RC) bateri kereta anda. Biasanya bateri kereta murah sama ada mempunyai kadar RC yang rendah walaupun CCA tinggi atau sebaliknya. Kenapa penting untuk pastikan kadar RC dan nilai CCA anda tinggi? Ini untuk pastikan bateri kereta anda boleh bantu anda di saat-saat genting. RC ialah kadar pengeluaran cas per masa. Kadar RC 90 AH contohnya bermaksud bateri kereta anda mampu cas kereta anda selama 90 minit tanpa bantuan altenator sekiranya sistem pengecasan kereta anda rosak. Sekurang-kurangnya, sempatlah anda ke bengkel.

Spesifikasi Tambahan Bateri Kereta Anda

Bergantung kepada jenama bateri kereta, bateri kereta tersebut mungkin ada ciri-ciri tambahan yang buatkan harga bateri kereta tersebut lebih berbaloi. Antara ciri-ciri ekstra pada bateri kereta yang anda boleh perhatikan termasuk tidak mudah bocor, tidak mudah menghakis, dan sebagainya. Biasanya bila harga bateri kereta murah, bateri kereta tersebut tak akan ada ciri-ciri ekstra ni. Ciri-ciri tambahan inilah yang boleh menambah jangka hayat bateri kereta anda.

Tarikh Keluaran Bateri Kereta Anda

Bila nak pilih bateri kereta, penting untuk anda tahu bila tarikh keluaran bateri anda. Bateri kereta lain daripada komponen kereta anda yang lain. Betapa ‘baharunya’ bateri kereta anda penting kerana bateri kereta lama ada kemungkinan tak boleh berfungsi dengan baik kerana cecair kimia di dalamnya dah lemah. Selain itu, anda juga perlu periksa sama ada bateri kereta tersebut sudah dicaj sepenuhnya atau tidak untuk elakkan caj tersembunyi daripada pembekal.

Ada Apa Pada Jenama?

Sekarang anda dah boleh bandingkan bateri kereta pilihan anda berdasarkan spesifikasi. Patutkah anda pilih bateri kereta yang ada spesifikasi terbaik sahaja? Chopp kejap! Cara pilih bateri kereta bukan setakat tu sahaja. Anda juga perlu lihat jenama bateri kereta tersebut. Ada apa pada jenama? Banyak. Hakikatnya, sebaik manapun spesifikasi bateri kereta, kualiti bateri kereta juga bergantung kepada ‘siapa’ pembuatnya. Anda boleh siasat jenama bateri kereta melalui carian dalam talian.

Apa yang perlu anda siasat?

Asal-Usul Jenama Bateri Kereta Anda

Pertama, ambil tahu bila dan di mana jenama bateri kereta tersebut ditubuhkan. Kualiti bateri kereta daripada jenama yang ditubuhkan sejak 50 tahun dahulu dan dua tahun dahulu berbeza. Jenama bateri kereta yang lebih lama tak semestinya lebih baik – anda perlu lihat pula progres jenama tersebut sepanjang tahun. Begitu juga dengan jenama yang lebih baharu. Baharu tidak semestinya lebih baik – mungkin jenama tersebut kurang memahami situasi sebenar pengguna kerana kurang pengalaman.

Bilangan Produk Jenama Bateri Kereta Anda

Pentingkah berapa banyak produk sesebuah jenama bateri kereta keluarkan? Ya. Bilangan dan jenis produk yang dikeluarkan oleh sesebuah jenama bateri kereta menunjukkan taraf kemahiran dan keupayaan jenama tesebut. Sekiranya sesebuah jenama bateri kereta cuma mengeluarkan sejenis produk sahaja, anda boleh semak semula asal-usul jenama tersebut kerana ada kemungkinan produk tersebut ialah pengkhususan mereka jadi kualitinya lebih baik. Jika sesebuah produk dihasilkan lebih banyak berbanding produk-produk lain, anda bolehlah anggap produk tersebut laris.

Ulasan Pelanggan Jenama Bateri Kereta Anda

Jika sesuatu produk oleh sesebuah jenama laris, tibalah masanya untuk anda periksa ulasan pelanggan. Lebih baik lagi, periksa ulasan tanpa mengira kelarisan produk. Ulasan pelanggan boleh bantu anda lihat realiti sebenar sesebuah bateri kereta. Adakah bateri kereta tersebut berfungsi sama naik dengan spesifikasi yang anda lihat? Adakah harga yang anda bayar untuk bateri kereta tersebut berbaloi? Boleh diharapkah jenama bateri kereta yang anda sedang ‘periksa’? Anda boleh jumpa semua jawapan ini melalui ulasan pelanggan.

Antara Kaca dan Permata

Anda sudah boleh bandingkan spesifikasi dan juga kualiti berdasarkan jenama – sekarang macam mana nak bandingkan harga supaya anda dapat harga bateri kereta murah dan bateri kereta terbaik?

Fahamkan Logik Harga Bateri Kereta Anda

Apa maksud logik harga? Di sini anda perlu bandingkan nilai spesifikasi, reputasi jenama dan harga bateri kereta itu sendiri. Harga bateri kereta murah tak bermakna kalau spesifikasi rendah. Harga bateri kereta mahal juga tak bermakna kalau sekadar disebabkan jenama. Mungkin anda terdetik nakkan harga bateri kereta murah tapi di sinilah kualiti bateri kereta mainkan peranan. Apa guna beli bateri kereta murah kalau cuma tahan enam bulan? Bila pilih bateri kereta, apa yang penting ialah ketahanan bateri kereta tersebut.

Periksa Waranti Bateri Kereta Anda

Bagi memudahkan lagi anda buat perbandingan harga bateri kereta anda, periksa waranti bateri kereta tersebut. Jika harga bateri kereta lebih mahal tapi mempunyai waranti yang lebih lama, lebih baik anda pilih bateri kereta tersebut. Ada dua sebab utama kenapa waranti yang lebih lama penting. Pertama, kalau terdapat sebarang kerosakan pada bateri anda, anda boleh baikinya atau tukar bateri kereta tersebut dengan caj rendah atau bagi sesetengah pembekal, secara percuma. Kedua, waranti yang lebih lama juga menunjukkan keyakinan pembekal terhadap kualiti bateri kereta pilihan anda.

Pilihan Bateri Kereta Terbaik Anda Ada di TukarBateri

Bila cakap pasal pembekal, TukarBateri adalah salah satu pembekal anda patut pertimbangkan. Kenapa? Ini sebab bukan sahaja kami pembekal sah untuk beberapa jenama bateri kereta terkemuka, kami juga berikan anda servis tambahan secara percuma. Di TukarBateri, antara servis tambahan yang anda terima termasuk penghantaran bateri kereta percuma ke lokasi, pemasangan percuma, dan pemeriksaan percuma.

Bila anda ‘jumpa’ kami untuk dapatkan bateri kereta, kami berikan servis-servis ni tanpa caj tambahan – maknanya anda bayar harga bateri kereta baharu anda sahaja. Waranti yang kami berikan kepada anda juga secara purata selama setahun dengan servis ekstra seperti pemeriksaan bateri kereta anda pada bila-bila masa secara percuma sepanjang tempoh waranti. Kami juga sediakan konsultasi untuk anda supaya anda boleh ‘jaga’ bateri kereta anda untuk tahan lebih lama.

Jadi, kalau nak senang, pilih sahaja TukarBateri. Kami ada semua info yang anda perlukan untuk bantu anda semak harga bateri kereta termurah dengan kualiti terbaik.

Lawati Blog Kami Terkini

Share
go top