8 Sebab Anda Patut Beli Bateri Kereta Panasonic di Malaysia

Bateri Kereta Panasonic – 45 Tahun Pengalaman dalam Industri

Kalau diikutkan, Panasonic ialah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia berdekad lamanya. Jenama Jepun ini terkenal sebagai pembuat dan pembekal perkakas elektrik harian serta barangan elektronik seperti bateri. Panasonic ditubuhkan seawal tahun 1918 dan pada era 1970-an, Panasonic mula menghasilkan bateri kereta asid-plumbum MF (Maintenance-Free).

Selepas pemasaran bateri kereta MF mereka, CAREC pada tahun 1976, Panasonic melancarkan Project EXP pada tahun 1977 – selepas penemuan grid logam-regangan (expanded-metal grid) dalam plat negative bateri kereta cas semula prototaip yang disumberkan oleh Matsushita Electric (nama lama Panasonic) daripada Delco Electronic Company. Kilang produksi CAREC 2000 ditubuhkan pada tahun 1980 dan penemuan ini memulakan era baharu dalam teknologi bateri kereta cas semula MF.

Kini, Panasonic mempunyai lebih 45 tahun pengalaman dalam industri pembuatan bateri kereta dengan paten teknologi mereka sendiri dan pelbagai jenis bateri kereta mampu milik di merata dunia – termasuk di Malaysia.

Jenis dan Spesifikasi Bateri Kereta Panasonic

Secara am, bateri kereta Panasonic dibahagikan kepada dua kategori – Bateri Kereta Panasonic MF Tough untuk kenderaan komersil dan Bateri Kereta Panasonic MF High Spec untuk kenderaan persendirian.

Bateri Kereta Panasonic MF Tough mempunyai empat model utama dengan dua jenis spesifikasi.

Bateri Kereta Panasonic MF Tough Model N-80D26R-FT dan N-80D26L-FT

*Terjemahan:

Voltan:

Kapasiti dalam 20 Jam (Ah):

Nilai Nominal Cold Cranking Amp (CCA):

Kapasiti Simpanan (RC: Reserve Capacity) per Minit:

Dimensi Maksima (mm):

Berat termasuk Asid (kg):

Figura Pemasangan:

Jenis Terminal:

Bateri Kereta Panasonic MF Tough Model N-105D31R-FT dan N-105D31L-FT

Bateri Kereta Panasonic MF High Spec pula mempunyai 12 model utama dengan lima jenis spesifikasi.

Bateri Kereta Panasonic MF High Spec Model N-38B19R-FH dan N-38B19L-FH

Bateri Kereta Panasonic MF High Spec Model N-55B24R-FH, N-55B24L-FH, N-55B24RS-FH dan N-55B24LS-FH

Bateri Kereta Panasonic MF High Spec Model N-75D23R-FH dan N-75D23L-FH

Bateri Kereta Panasonic MF High Spec Model N-80D26R-FH dan N-80D26L-FH

Bateri Kereta Panasonic MF High Spec Model N-105D31R-FH dan N-105D31L-FH

Secara amnya, bateri kereta Panasonic menawarkan pelbagai spesifikasi berbeza bersesuaian dengan kereta anda. Tapi spesifikasi bukan segala-galanya. Jenama lain mungkin ada spesifikasi yang sama atau lebih baik jadi kenapa pilih bateri kereta Panasonic?

8 Sebab Bateri Kereta Panasonic Pilihan Anda di Malaysia

1. Teknologi Jepun yang Dipercayai

Sebagai negara ketiga teratas dalam pembuatan kereta selepas China dan Amerika Syarikat, Jepun mempunyai reputasi sebagai pembekal teknologi automotif yang boleh dipercayai. Panasonic, sebagai syarikat yang diasaskan di Jepun sejak 1918 telah menghasilkan beribu-ribu alatan elektrik dan elektronik sepanjang lebih seabad lamanya. Reputasi ini turut ada pada bateri kereta Panasonic malah lebih lagi sebagai salah satu jenama perintis dalam industri automotif di Asia.

2. Jenama Asal Kebanyakan Kereta di Asia

Kebanyakan kereta di Asia menggunakan bateri kereta Panasonic sebagai bateri kereta asal sewaktu pembuatan. Panasonic juga merupakan pembekal bateri kereta utama bagi Toyota dan Tesla. Kalau diikutkan, bateri kereta Panasonic agak mahal berbanding jenama lain di Malaysia tapi hakikatnya, sebagai jenama asal dari kilang pembuatan kereta, saiz dan kapasiti bateri kereta Panasonic lebih sesuai untuk kebanyakan model kereta.

3. Bateri Kereta untuk Kegunaan Komersil dan Persendirian

Kepelbagaian model bateri kereta Panasonic bermaksud anda ada lebih banyak pilihan untuk cari padanan paling sesuai untuk kenderaan anda. Lagi-lagi bila Panasonic menawarkan pilihan bateri kereta untuk kenderaan komersil seperti van, lori dan sebagainya selain untuk kenderaan persendirian.

4. Sesuai untuk Cuaca Malaysia

Biasanya, bila anda pilih bateri kereta, anda ambil kira nilai Cold Cranking Amp (CCA) untuk agak bagaimana bateri kereta anda akan tangani perubahan cuaca terutama cuaca sejuk tapi salah satu keistimewaan bateri kereta Panasonic ialah bateri kereta Panasonic tahan haba. Bateri kereta Panasonic mempunyai teknologi aloi diperbuat daripada perak (Silver Alloy Technology). Teknologi ini membuatkan bateri kereta Panasonic tahan haba – sangat penting untuk ketahanan bateri kereta bila berhadapan iklim cuaca Khatulistiwa di Malaysia.

5. Mengawal Pengewapan Elektrolit dalam Bateri Kereta

Disebabkan bateri kereta MF Panasonic ialah bateri kereta asid-plumbum, ini bermaksud bateri kereta Panasonic bertindak melalui reaksi kimia yang membebaskan gas dan elektrolit ketika bateri kereta anda sedang berfungsi. Jika proses pengewapan ini tak dikawal,  jangka hayat bateri kereta anda boleh berkurang. Jadi keupayaan mengawal pengewapan elekrolit ini amat berguna untuk bantu bateri kereta anda tahan lebih lama. Fungsi ini juga ciri istimewa bateri kereta Panasonic dan menggunakan teknologi aloi perak yang sama membolehkan bateri kereta Panasonic tahan haba.

6. Mencegah Pemecahan Vent Plug Bateri Kereta

Salah satu isu yang boleh merosakkan bateri kereta malahan plat kereta anda ialah bila vent plug pada bateri kereta anda pecah disebabkan kondisi luaran seperti pemanasan atau getaran melampau dan ini boleh berlaku di Malaysia jika anda kerap menggunakan ‘jalan kampung’ ketika cuaca terlalu panas. Vent plug pada semua model bateri kereta Panasonic direka untuk mencegah pemecahan ini supaya pemanduan anda lebih selamat dan bateri anda tahan lebih lama.

7. Meningkatkan Ketahanan Plat Bateri Kereta

Satu ciri khas pada model bateri kereta Panasonic MF High Spec ialah penggunaan Head2Alloy dalam pembuatannya. Head2Alloy yang terdapat pada bateri kereta Panasonic membantu mencegah penghakisan akibat reaksi kimia dalam bateri kereta. Ini secara tak langsung menambah ketahanan plat bateri kereta anda kerana plat bateri kereta anda memang boleh terhakis jika anda menggunakan bateri kereta yang mempunyai rekaan yang tak boleh tangani reaksi asid di dalamnya.

8. Jangka Hayat Bateri Kereta yang Lebih Lama

Kalau diikutkan, harga bateri kereta Panasonic agak mahal berbanding jenama lain tapi kelebihan yang ada pada bateri kereta Panasonic sangat relevan untuk pengguna di Malaysia dan sesuai untuk jangka masa panjang. Ciri-ciri yang terdapat pada bateri kereta Panasonic memberi jangka hayat yang lebih lama kepada anda. Secara am, jangka hayat bateri kereta Panasonic adalah selama dua tahun setengah dan boleh mencecah empat tahun dengan penjagaan bateri kereta yang baik – ini boleh dilihat dengan mudah jika anda ingat semula hakikat bateri kereta Panasonic ialah bateri kereta asal bagi kebanyakan model kereta di Asia.

Sekarang anda dah faham kenapa anda patut pilih bateri kereta Panasonic untuk kenderaan anda. Macam mana pula nak dapatkan bateri kereta Panasonic dengan nilai lebih dan kualiti yang terjamin?

TukarBateri Sebagai Pembekal Bateri Kereta Panasonic Pilihan Anda di Malaysia

Betul, anda boleh dapatkan bateri kereta Panasonic di kebanyakan kedai bateri dan mekanik di Malaysia tapi ada tiga sebab utama kenapa anda patut beli bateri kereta Panasonic di TukarBateri:

1. Rakan Pemasangan Panasonic (Panasonic Assembly Partner)

TukarBateri, sebagai syarikat subsidiari Mayshowa Group mempunyai akses premium bateri kereta Panasonic di Malaysia. Ini kerana Mayshowa Group merupakan Rakan Pemasangan Panasonic (Panasonic Assembly Partner) di Malaysia. Anda boleh dapatkan bateri kereta Panasonic terbaharu dengan kualiti terjamin bila anda beli di TukarBateri.

2. Pembelian Mudah dengan TukarBateri App

Proses pembelian anda juga lebih mudah bila anda gunakan aplikasi TukarBateri yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store. Anda cuma perlu daftar, pergi ke laman pembelian, berikan maklumat penghantaran atau lokasi pengambilan dan pilih bateri kereta Panasonic yang sesuai dengan model kereta anda. Pembayaran boleh dibuat secara tunai, dalam talian, kad kredit/debit atau e-wallet pilihan. Anda juga boleh jejak di mana pesanan anda berada jika anda memilih servis penghantaran TukarBateri dan simpan resit serta waranti bateri kereta anda di satu tempat melalui laman sejarah pesanan dalam aplikasi TukarBateri.

3. Servis Berkualiti Secara Percuma

TukarBateri memberikan anda “Servis Bateri Kereta No.1 di Malaysia”. Bila anda membuat pembelian dengan TukarBateri, anda berhak mendapat servis penghantaran, pemeriksaan, dan pemasangan percuma daripada kami. Pakar kami akan menghantar bateri kereta Panasonic pilihan anda ke lokasi, memeriksa kondisi bateri kereta anda dan membuat pemasangan secara percuma tanpa kos tersembunyi. Anda juga boleh membuat pemeriksaan bateri kereta berkala secara percuma di kedai TukarBateri berhampiran sepanjang tempoh waranti anda.

Jadi kenapa nak bersusah-payah dapatkan bateri kereta Panasonic anda di tempat lain? TukarBateri kan ada – lebih senang, efisyen, dan kualiti bateri kereta Panasonic anda terjamin.

Lawati Blog Kami Terkini

Share
go top