Proton
- Laman Utama
- Jenama Kereta
- Proton

Proton adalah pengeluar kereta Malaysia yang telah menghasilkan kenderaan berkualiti sejak 1983, dengan matlamat untuk menyediakan kenderaan dengan harga yang berpatutan dan berinovasi kepada rakyat Malaysia. Seiring dengan masa, Proton kini menjadi antara pengeluar automotif utama di Malaysia yang memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Model-model popular di Malaysia termasuk Saga, Persona, X70 dan Iriz. Kereta Proton menggunakan bateri terbaik yang ada di pasaran, termasuk Bateri Kowa, Bateri Mayshowa, dan Bateri Panasonic.
Model Kereta



















Soalan Lazim
Jenis bateri yang digunakan dalam kereta Proton mungkin berbeza-beza bergantung pada model dan tahun. Walau bagaimanapun, kereta Proton biasanya menggunakan bateri asid plumbum dan lithium-ion polymer.
Jangka hayat bateri kereta Proton bergantung kepada pelbagai faktor seperti kualiti bateri, penggunaan kenderaan, dan cara penyelenggaraan. Secara purata, bateri kereta Proton boleh bertahan selama 3-5 tahun sebelum ia perlu diganti.
Terdapat 2 jenis bateri kereta yang digunakan di Malaysia. Kod JIS (Japanese Industrial Standard) dan Kod DIN (DeutschesInstitutfürNormung). Anda boleh tahu jenis dan saiz bateri kereta anda melalui kod ini di tepi ataupun di atas bateri kereta anda.
Anda boleh perhatikan petanda bateri kereta Proton lemah apabila anda mengalami masalah seperti kesukaran menghidupkan enjin atau keadaan fizikal bateri kereta kelihatan kembung atau badan bateri bengkak. Jika anda tidak pasti, anda boleh menguji bateri anda dengan mekanik profesional kami secara percuma. Hubungi kami sekarang.
Boleh, namun proses menukar bateri kereta sendiri mungkin terlalu sukar jika anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Anda disarankan untuk mendapatkan mekanik profesional untuk memastikan bateri kereta anda dipasang dengan betul. Cara tukar bateri kereta Proton paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan menghubungi TukarBateri dan kami lakukannya untuk anda secara percuma.
Harga bateri kereta Proton adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti model dan tahun kenderaan anda dan jenis bateri. Secara purata,harga bateri kereta Proton adalah antara RM200 hingga RM500, bergantung pada jenis dan kualiti bateri yang dipilih. Dengan TukarBateri, anda hanya perlu membayar harga bateri, penghantaran & pemasangan adalah PERCUMA!
