TukarBateri merupakan destinasi utama untuk perkhidmatan penggantian bateri kereta di seluruh Malaysia. Cawangan kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan penggantian bateri pantas dalam masa 30 minit! Juruteknik pakar kami akan membantu anda memilih bateri yang tepat untuk kenderaan anda dan memastikan pemasangan tanpa sebarang masalah. Harga bateri kereta yang kami tawarkan adalah antara RM195 hingga RM700, untuk pelbagai model popular seperti Proton X50, Proton X70, Perodua Myvi, Perodua Axia, dan lain-lain.

Cawangan Kami
(Klik Lokasi Di Bawah)

Hubungi  ➔   Ganti   ➔   Siap

Pilih Bateri Kereta Yang Sesuai

Mayshowa Helios
Mayshowa Energy

Soalan Lazim

Bateri kereta perlu diganti apabila ia tidak dapat lagi mengecas atau hidupkan enjin. Jangka hayatnya berbeza-beza bergantung pada penggunaan, iklim, dan penyelenggaraan. Biasanya, ia bertahan antara 3 hingga 5 tahun.

Jika kereta lambat dihidupkan, lampu hadapan malap, atau lampu amaran bateri menyala, mungkin tiba masanya untuk anda periksa kesihatan bateri kereta anda. Anda juga boleh menguji kesihatannya di kedai alat ganti kereta atau oleh mekanik. Jangan risau, kami di sini untuk membantu!

  • Hidupkan enjin kereta: Salah satu cara paling mudah untuk memeriksa bateri ialah dengan menghidupkan enjin. Sekiranya enjin dihidupkan dengan cepat dan dihidupkan tanpa masalah ‘crank’, itu adalah tanda baterinya masih elok.
  • Periksa terminal bateri: Cari sebarang tanda hakisan atau karat pada terminal bateri. Hakisan atau karat boleh menghalang aliran elektrik ke bateri, menyukarkan bateri untuk menghidupkan enjin. Jika anda melihat sebarang kakisan, gunakan berus dawai untuk membersihkan terminal bateri tersebut.
  • Gunakan voltmeter: Voltmeter boleh digunakan untuk mengukur voltan bateri. Bateri yang dicas penuh sepatutnya mmenunjukkan sekitar 12.6 volt. Jika voltan jauh lebih rendah, mungkin sudah tiba masanya untuk menggantikan bateri kereta.
  • Ujian beban bateri: Pastikan beban bateri anda diuji oleh mekanik atau kedai alat ganti kereta. Ujian ini akan menilai keupayaan bateri untuk menahan cas dalam keadaan normal dan menentukan sama ada ia perlu diganti.
  • Umur bateri: Jika bateri kereta anda semakin menghampiri penghujung jangka hayatnya,  (sekitar 3-5 tahun), mungkin anda boleh mula mencari bateri kereta baru untuk mengelakkannya mati secara tiba-tiba di tengah jalan.

Jangka hayat bateri kereta adalah berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor, termasuk kualiti bateri, jenis kenderaan dan di mana ia digunakan. Secara umumnya, jangka hayat bateri kereta adalah antara 2 hingga 3 tahun.

Phone icon
011-1608 1608 or Download our App
go top