Soalan Lazim (FAQ)

Bateri kereta kami baru sahaja dicas di loji kami tanpa isu penyimpanan dan memberikan anda bateri kereta yang tahan lebih lama.
Cara terbaik adalah dengan memeriksa manual pengguna kereta anda untuk mendapatkan saiz yang betul dan parameter minimum. Anda juga boleh periksa berdasarkan model kereta, model bateri kereta, tahun pemasangan, saiz direkomendasi, dan parameter spesifik dalam Manual Aplikasi Bateri.
Bagi kemudahan anda, hubungi sahaja kami untuk dapatkan konsultasi percuma dengan memaklumkan model kereta anda.
Pemanduan singkat, kondisi jalan yang buruk, dan cuaca panas melampau boleh menyingkatkan jangka hayat bateri kereta anda.
Pemanduan singkat tidak membenarkan alternator anda mengecas bateri kereta secara mencukupi dan kondisi jalan yang buruk melonggarkan plat bateri kereta anda. Cuaca panas melampau meningkatkan durasi pengecasan semula bateri kereta anda dan membina kristal plumbum sulfat.
Anda boleh tahu bateri kereta anda hampir mati bila engkol enjin anda perlahan dan kereta anda semakin lambat hidup. Periksa bateri kereta anda bila ini berlaku.
Bendera merah ialah bila anda perlu lompat mula kereta anda lebih daripada tiga kali seminggu. Ini bermaksud anda perlu ganti bateri kereta anda.
Tidak, anda tidak perlu mendapatkan jenama yang sama dengan bateri kereta anda yang sebelumnya. Hanya kenalpasti spesifikasi bateri kereta anda untuk penggantian bateri kereta akan datang.
Kebiasaannya, kebanyakan pengguna menukar bateri kereta mereka bila kereta tidak boleh dihidupkan tapi anda dinasihatkan menukar bateri kereta anda dalam tempoh 3-5 tahun.
Tiada jawapan sempurna untuk jenama manakah yang terbaik. Segalanya bergantung kepada jenis bateri kereta dan saiz, kapasiti simpanan, cold-cranking amp (CCA) mencukupi, tempoh waranti, jangka hayat, dan kesesuaian dengan model kereta anda.
TukarBateri hanya mengenakan caj untuk produk yang anda beli. Penghantaran, pemeriksaan, dan pemasangan adalah percuma!
Ya, kami masih melakukan penghantaran ketika hujan tapi anda boleh menjangka sedikit kelewatan disebabkan cuaca dan kondisi jalan. Anda boleh membatalkan pesanan sekiranya anda mempunyai alasan munasabah dengan menghubungi Pusat Panggilan dan kami akan menunda penghantaran anda pada waktu yang lebih sesuai.
Anda dinasihatkan untuk terus bertenang, kekal di sesuatu tempat dan mengambil langkah berjaga-jaga. Pastikan anda memasang lampu isyarat kecemasan dan sediakan papan tanda (jika mampu) 5 hingga 10 meter daripada kenderaan anda untuk mengelakkan kemalangan.
Anda juga boleh mengesan juruteknik kami melalui aplikasi kami yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.
Ya. Juruteknik kami menduduki pelbagai teori, praktikal, dan latihan semasa bekerja. Pakar kami hanya memberikan kualifikasi kepada juruteknik kami selepas mereka lulus sesi penilaian yang ketat.
Ya. Sila hubungi kami dengan menelefon Pusat Panggilan atau mesej kami melalui WhatsApp untuk membuat janji temu. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan penghantaran segera dan konsultasi percuma bila anda hubungi kami.
Ya, anda boleh memberi bateri kereta untuk penggantian kendiri hanya bila anda mengutipnya di kedai kami. Sila pertimbangan bahawa pemasangan dan pemeriksaan adalah percuma dalam setiap pembelian.
Jika kereta anda rosak disebabkan isu lain, juruteknik kami akan memeriksa alternator anda dan lakukan lompat mula. Anda akan dicaj RM50 untuk kunjungan dan servis.
Anda boleh hubungi kami sepanjang tempoh operasi melalui nombor Pusat Panggilan kami, nombor WhatsApp kami atau melalui aplikasi TukarBateri. Aplikasi TukarBateri boleh didapati di App Store atau Play Store.
Selain tunai, kami juga menerima pembayaran kad debit dan kredit serta e-wallet terpilih. Hubungi kami untuk mengesahkan kaedah pembayaran anda. Pemilihan pembayaran juga boleh dilakukan selepas pemasangan.
Ya. Anda boleh lakukan pembayaran secara tunai, kad kredit atau debit, e-wallet atau perbankan dalam talian di lokasi. Kami lebih menggemari pembayaran tanpa tunai.
Setiap pembelian yang dilakukan ialah untuk servis segera dan tidak boleh dibayar semula. Anda boleh membatalkan pesanan dan menuntut bayaran semula sekiranya anda menyediakan bukti anda diberi bil yang salah atau sebab lain yang munasabah. Setiap pembatalan adalah atas dasar kes demi kes dan berdasarkan budi bicara kami.
Sekiranya pesanan anda salah, kami akan menghantar semula pesanan anda dan merangkum kos penghantaran,
Bagi produk yang rosak atau mempunyai defeksi, hubungi kami di customersupport@tukarbateri.com.my. Sila sediakan:
Nama Anda (seperti dalam Invois)
Salinan Invois
Maklumat Kerosakan atau Defeksi
*Kerosakan atau defeksi adalah tertakluk kepada waranti anda.
Ya. Kunjungi sahaja kedai kami yang terdekat supaya kami boleh membantu anda. Sekiranya anda melakukan pembelian melalui aplikasi TukarBateri, anda boleh menyemak pembelian anda di sejarah pembelian.
Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Penghantaran, pemasangan, dan pemeriksaan termasuk dalam caj produk.