Perodua
- Laman Utama
- Jenama Kereta
- Perodua

Perodua adalah pengeluar kereta Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992 bertujuan untuk mencipta kenderaan dengan harga berpatutan dan dengan penggunaan bahan api yang efisien untuk warga tempatan. Model yang popular di pasaran adalah Myvi, Axia, Bezza dan model SUV terbaru, Aruz. Kereta Perodua menggunakan bateri Kowa Battery, Mayshowa Battery, dan Panasonic Battery.
Model Kereta






Soalan Lazim
Perodua menggunakan pelbagai jenis bateri kereta, bergantung kepada model dan jenis enjin kereta. Namun secara umum, bateri yang digunakan biasanya berjenis “maintenance-free” atau bateri tanpa penyelenggaraan.
Jangka hayat bateri kereta Perodua bergantung kepada pelbagai faktor seperti kualiti bateri, penggunaan kenderaan, dan cara penyelenggaraan. Secara purata, bateri kereta Perodua boleh bertahan selama 3-5 tahun sebelum ia perlu diganti.
Terdapat 2 jenis bateri yang digunakan di Malaysia. Kod JIS (Japanese Industrial Standard) dan Kod DIN (DeutschesInstitutfürNormung). Anda boleh tahu jenis dan saiz bateri kereta anda melalui kod ini di tepi ataupun di atas bateri kereta anda.
Anda boleh perhatikan petanda bateri kereta Perodua lemah apabila anda mengalami masalah seperti kesukaran menghidupkan enjin atau keadaan fizikal bateri kereta kelihatan kembung atau badan bateri bengkak. Jika anda tidak pasti, anda boleh menguji bateri anda dengan mekanik profesional kami secara percuma. Hubungi kami sekarang.
Boleh, namun proses menukar bateri kereta sendiri mungkin terlalu sukar jika anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Anda disarankan untuk mendapatkan mekanik profesional untuk memastikan bateri kereta anda dipasang dengan betul.
Harga bateri kereta Perodua adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti model dan tahun kenderaan anda dan jenis bateri. Secara purata,harga bateri kereta Perodua adalah antara RM200 hingga RM500, bergantung pada jenis dan kualiti bateri yang dipilih. Dengan TukarBateri, anda hanya perlu membayar harga bateri, penghantaran & pemasangan adalah PERCUMA!
