Dasar Privasi

Istilah “Platform” merujuk kepada laman web, aplikasi-aplikasi mudah alih, media sosial dan perisian yang disediakan oleh TukarBateri Sdn Bhd sehubungan dengan penjualan bateri-bateri bagi kenderaan bermotor dan perkhidmatan-perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada permulaan lompatan, pengiriman, penggantian, dan pemasangan bateri-bateri. Istilah “TukarBateri”, “kami” dan “kita” merujuk kepada TukarBateri Sdn Bhd dan termasuk pengganti dan penerima hak mereka. Istilah “anda” merujuk kepada pengguna atau penonton Platform.
TukarBateri menghormati dan adalah komited untuk melindungi maklumat peribadi penggunanya dan akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan dan relevan untuk melindungi maklumat peribadi pengguna selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. Dasar Privasi ini mengatur cara TukarBateri mengumpul, mengguna, menyimpan, mengekal, dan mendedah maklumat yang dikumpulkan daripada pengguna-pengguna.
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang anda telah berikan kepada TukarBateri, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  1. nama anda, umur, jantina, bangsa, agama, pekerjaan, nombor telefon, kewarganegaraan, maklumat kad pengenalan, maklumat pasport, alamat pos dan alamat e-mel, data lokasi, nama pengguna dan kata laluan, pilihan peribadi anda, maklumat pasangan anda atau ahli keluarga, maklumat kad kredit dan debit, dan maklumat akaun bank;
  2. pembekal-pembekal pihak ketiga kami, penyedia perkhidmatan, penjual-penjual, kontraktor-kontraktor dan ejen-ejen;
  3. sejarah pembelian anda, sejarah web, dan cecikut   yang disimpankan semasa mengakses Platform seperti tarikh dan masa lawatan, halaman yang dikunjungi, jenis pelayar web, pilihan carian, dan alamat IP;
  4. sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan anda atau ahli keluarga; dan/atau.
  5. sebarang data peribadi lain seperti yang ditakrifkan dan dijelaskan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Dengan menggunakan atau mengakseskan Platform, anda mengesahkan pemahaman anda dan bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Dasar Privasi ini. Dengan menggunakan atau mengakseskan Platform, anda juga bersetuju dan memberi persetujuan kepada kami mengguna, mengumpul, merakam, menyesuai, memproses, menyimpan, dan mendedah Data Peribadi anda di Malaysia dan di luar Malaysia. Sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi yang diperlukan, kami mungkin tidak dapat memberikan anda kesemua atau sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan Platform.
Kami mempunyai hak mengikut budi bicara mutlak kami untuk meminda, menukar dan/atau mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis dan pindaan-pindaan, penukaran dan/atau pengubahsuaian tersebut akan berkuat kuasa dengan serta-merta sebaik sahaja ia diterbitkan di Platform. Anda memahami dan bersetuju bahawa akses anda atau penggunaan Platform secara berterusan setelah pindaan, penukaran dan/atau pengubahsuaian tersebut merupakan penerimaan anda terhadap terma-terma yang dikemaskinikan atau diubahsuaikan. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengkaji Dasar Privasi kami dan mana-mana terma-terma dan polisi kami secara berkala untuk kemas kini.
Anda akan bertanggungjawab untuk memberikan Data Peribadi secara tepat, tidak mengelirukan, lengkap dan terkini kepada TukarBateri. Anda hendaklah dengan segera memberitahu kami sekiranya terdapat perubahan terhadap Data Peribadi anda untuk memastikan bahawa Data Peribadi tersebut adalah tepat dan terkini. Sekiranya anda tidak memberi kami dengan Data Peribadi anda atau memberi kami Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap, kami mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan anda dan/atau untuk memberikan anda sebahagian atau kesemua perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami mungkin mengesahkan atau mendapatkan maklumat peribadi tentang anda daripada sumber-sumber pihak ketiga seperti agensi pelaporan kredit, Suruhanjaya Syarikat dan Jabatan Insolvensi sekiranya diperlukan.
Apabila anda mengakses atau mengguna Platform, kami mengumpul dan mengguna Data Peribadi anda untuk memberi pengalaman yang lebih diperibadikan dan relevan kepada anda. Sumber-sumber yang kami mungkin mendapat Data Peribadi anda mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. secara langsung atau tidak langsung daripada anda, pasangan anda, saudara terdekat, ahli-ahli keluarga, ejen-ejen, rakan-rakan perniagaan, gabungan, cecikut internet, dokumen-dokumen dan/atau melalui Platform;
  2. diperoleh secara bebas oleh kami daripada sumber-sumber lain yang sah.
Pengumpulan, penggunaan, dan pemprosesan Data Peribadi anda mungkin termasuk, tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut: –
  • untuk memproses perkhidmatan-perkhidmatan dan pesanan-pesanan yang diminta oleh anda;
  • untuk menberi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda;
  • untuk mendaftar dan mengurus akaun anda, termasuk untuk membolehkan anda mengakseskan dan menggunakan Platform;
  • untuk menerbit ulasan-ulasan, komen-komen, catatan, audio, foto-foto, video-video, gambar-gambar, dan kandungan lain anda;
  • untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran, penyampaian notis, borang-borang, surat-surat, dan dokumen-dokumen lain yang semestinya diperlukan;
  • untuk memberi anda jaminan untuk produk-produk yang dibeli oleh anda;
  • untuk menyedia program kesetiaan / penebusan kami kepada anda;
  • untuk menjawab masalah-masalah, pertanyaan-pertanyaan, dan komen-komen anda;
  • komunikasi dengan anda dan penghantaran maklumat dengan apa-apa kaedah-kaedah komunikasi termasuk, tetapi tidak terhad kepada e-mel, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), media sosial, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain; 
  • sebarang tujuan-tujuan lain yang disediakan dalam perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk yang ditawarkan oleh kami;
  • tinjauan pasaran, penyelidikan, dan analisis trend
  • untuk kewangan dan aktiviti-aktiviti pemasaran;
  • untuk tadbir urus korporat;
  • untuk menguatkuasa Terma-terma Perkhidmatan kami dan terma-terma dan syarat-syarat lain;
  • untuk memberi anda pengalaman yang optimum dan mengelompokkan pengguna-pengguna berdasarkan, misalnya, penggunaan dan demografi;
  • untuk membuat kesimpulan mengenai minat atau pilihan-pilihan anda;
  • untuk menyesuai pengalaman anda menggunakan Platform, termasuk menyesuaikan iklan-iklan yang ditunjukkan kepada anda;
  • untuk memberitahu anda mengenai tawaran-tawaran dan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, gabungan, rakan-rakan sekutu atau rakan-rakan kongsi yang mungkin menarik bagi anda;
  • untuk memantau, mengkaji dan memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, dan Platform;
  • pencegahan, halangan, pelaporan bagi kegiatan-kegiatan jenayah termasuk tetapi tidak terhad kepada, fraud, rasuah, dan pengubahan wang haram;
  • pematuhan terhadap sebarang undang-undang dan peraturan-peraturan;
  • untuk membuat sebarang pendedahan di bawah keperluan-keperluan sebarang arahan-arahan, perintah-perintah mahkamah, panduan-panduan, pekeliling-pekeliling, dan kod-kod yang berkaitan dengan kami;
  • untuk memberi maklumat kepada pengawalseliaan dan pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi dengan statutori dan kehendak kerajaan;
  • untuk rekod-rekod dalaman dan penyelenggaraan pangkalan data kami;
  • untuk tujuan-tujuan pentadbiran dalaman;
  • untuk pengurusan risiko kredit dan pemeriksaan kelayakan kredibiliti bagi pengguna-pengguna kami;
  • sebarang tujuan-tujuan lain yang kami maklumkan kepada anda pada bila-bila masa untuk mendapat persetujuan anda.
Data Peribadi anda yang kami miliki akan dirahsiakan dan anda memberikan persetujuan dan kebenaran kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga berikut (tidak menyeluruh) sama ada terletak di Malaysia atau luar negara yang kemudiannya mungkin memproses dan mendedah Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas: –
  1. gabungan kami, syarikat berkaitan, anak syarikat, induk, dan syarikat-syarikat bersekutu, juruaudit-juruaudit, rakan-rakan perniagaan atau rakan-rakan kongsi, akauntan-akauntan, peguam-peguam, perunding-perunding, penasihat-penasihat profesional kami;
  2. pembekal-pembekal pihak ketiga kami, penyedia perkhidmatan, penjual-penjual, kontraktor-kontraktor dan ejen-ejen;
  3. bank-bank, institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat insurans;
  4. agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah undang-undang, pengawalselia dan pihak berkuasa kerajaan, untuk mematuhi kehendak-kehendak statutori dan pihak berkuasa kerajaan.
Pihak-pihak ketiga ini mempunyai akses kepada Data Peribadi anda hanyalah jika diperlukan untuk melaksanakan fungsi-fungsinya, dan tanpa tujuan-tujuan lain.
Anda dianggap telah melanggan kepada pemasaran senarai mel kami setelah anda mendaftarkan akaun anda dengan kami dan kami akan menghantar atau menyampai kepada anda maklumat pemasaran dan kemas kini yang berkaitan melalui Platform, SMS, dan/atau e-mel. Sekiranya anda ingin berhenti melanggan kepada pemasaran senarai mel kami, anda boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permintaan anda ke customersupport@tukarbateri.com.my atau dengan mengklikkan kepada “berhenti melanggan” pada pautan seperti yang disediakan.
Platform mungkin mengandungi pautan-pautan dan/atau iklan-iklan daripada pihak-pihak ketiga selain daripada TukarBateri yang mungkin mengubah hala ke laman web atau aplikasi mereka sendiri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bagaimana pihak-pihak ketiga ini menggunakan maklumat anda, anda harus menyemak dasar privasi mereka dan menghubungi mereka secara langsung. Kami tidak mempunyai kawalan terhadap dan tidak menjamin sekuriti Data Peribadi yang anda berikan kepada mana-mana pihak ketiga sama ada melalui laman web pihak ketiga, aplikasi, atau sebaliknya. Oleh itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti untuk dasar privasi, kandungan, sekuriti, dan aktiviti-aktiviti pihak ketiga, laman web pihak ketiga, media sosial pihak ketiga atau aplikasi.
Kami akan menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dengan cara yang selamat. Kami mencuba, setakat mana yang boleh, untuk melaksanakan pentadbiran dan perlindungan-perlindungan sekuriti dan prosedur-prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai untuk mencegah pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kerugian tidak sengaja atau pemusnahan, atau kerosakan pada, Data Peribadi.
Anda berhak untuk mengakses, memperoleh, menghapuskan, mengemas kini atau membetulkan Data Peribadi yang diberikan tertakluk kepada hak-hak kami untuk menolak di bawah undang-undang dan tertakluk kepada pembayaran bayaran pentadbiran. Anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dengan menghantar permintaan bertulis kepada kami di customersupport@tukarbateri.com.my.
Ambil perhatian bahawa sebarang Data Peribadi yang dikumpulkan oleh kami boleh disimpan dan diproses di Malaysia atau mana-mana negara lain, dan dengan menggunakan Platform, anda bersetuju untuk sebarang pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia.
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan di atas dan sehingga anda memadam atau menutup akaun anda dengan kami. Walau bagaimanapun, kami mungkin menyimpan Data Peribadi anda untuk apa-apa tempoh yang diperlukan untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang, peraturan dan/atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami. Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami mungkin membuang Data Peribadi anda dengan selamat tanpa memberikan notis awal kepada anda.
Kami akan menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dengan cara yang selamat. Kami mencuba, setakat mana yang boleh, untuk melaksanakan pentadbiran dan perlindungan-perlindungan sekuriti dan prosedur-prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai untuk mencegah pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kerugian tidak sengaja atau pemusnahan, atau kerosakan pada, Data Peribadi.
Sekiranya berlaku pertikaian, versi Bahasa Inggeris bagi Dasar Privasi ini akan diguna pakai. Versi Bahasa Inggeris bagi Dasar Privasi ini akan sentiasa diguna pakai dan diutamakan sekiranya terdapat sebarang percanggahan dengan versi-versi terjemahan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di customersupport@tukarbateri.com.my.

©2023 TukarBateri. Hak cipta terpelihara.

go top