Macam mana nak tau kereta kita pakai bateri saiz apa? Pernah tak terfikir kenapa setiap kereta pakai saiz bateri yang berlainan? Setiap kereta mempunyai kadar kuasa yang berlainan hal itu yang menyebabkan setiap kereta memerlukan janakuasa yang berbeza-beza dan perlu menggunakan bateri kereta yang bersesuaian dengan keperluan kereta tersebut untuk bergerak.  

Ada beberapa cara untuk tahu bateri kereta yang sesuai dengan kereta anda.  

  1. Buku manual
  2. Rujuk bateri lama di bonet kereta 
  3. Rujuk maklumat dalam internet 
  4. Call TukarBateri jerrr

Cara untuk menentukan samada bateri kereta sesuai dengan sistem elektrik kenderaan

  1. Saiz kumpulan

Pastikan bateri sesuai dengan saiz kumpulan yang ditetapkan untuk kenderaan anda. Maklumat ini boleh didapati dalam manual kereta anda atau pada bateri yang sedia ada. Saiz kumpulan menentukan dimensi fizikal, jenis terminal, dan keperluan jenis untuk bateri. 

  1. Cold Cranking Amps (CCA)

Ini mengukur keupayaan bateri untuk menghidupkan enjin dalam suhu sejuk. Bateri dengan penarafan CCA yang lebih tinggi lebih sesuai untuk iklim sejuk atau jika anda kerap menghidupkan kereta anda dalam cuaca sejuk. 

  1. Reserve Capacity (RC) 

RC menunjukkan keupayaan bateri untuk menjalankan sistem elektrik apabila alternator tidak mengecas. Bateri dengan RC yang lebih tinggi dapat menyokong lebih banyak aksesori dan sistem elektrik apabila alternator gagal. 

  1. Pertimbangan Iklim 

Iklim tempatan mempengaruhi prestasi bateri. Di kawasan yang lebih sejuk, bateri dengan penarafan CCA yang lebih tinggi adalah penting, manakala di iklim panas, bateri dengan rintangan haba yang baik dan nilai RC yang lebih tinggi adalah lebih disukai. 

Jenis Kod Saiz Bateri 

Kod JIS – Japanese Industrial Standard  – Digunakan untuk kereta jenama Korea dan Jepun 

  • Kod JIS Lama: NS40, NS60, NS70 
  • Kod JIS Baru: 40B19L/46B19L (NS40), 55B24L/60B24L/65B24L (NS60), 85B26L (NS70) 

Kod DIN – Deutsches Institutfür Normung – Digunakan untuk kereta kontinental dari negara Eropah

Jadi, macam mana pula cara untuk baca dan bezakan saiz bateri kereta? Jom kita lihat rajah dibawah

Komponen Bateri Kereta

Cara Baca Saiz Bateri Kereta (Japan Industries Standard – JIS) 

KodDetail 
55Pencapaian Prestasi Semakin besar nombor semakin tinggi kuasa 
BSaiz lebar sisi tepi bateri kereta 
A = Kecil 
H = Besar

24 Saiz panjang sisi depan dan belakang – diukur dalam CM 
R/LKedudukan terminal bateri kereta R = Right L = Left 
Cara Baca Saiz Bateri Kereta
Saiz Dimensi Bateri KeretaLebar (mm) Tinggi (mm) 
A162127
B203127 atau 129
C207135
D204173
E213176
F213182
G213222
H220278
Saiz Dimensi Kotak Bateri

Cara untuk tahu terminal L atau R? 

Tengok pada kedudukan (+) pada bateri kereta 
(+) terminal di sebelah kiri = L 
(+) terminal di sebelah kanan = R

Cara baca bateri DIN 

Senang kan nak baca bateri DIN? Kod DIN dapat dibaca dan difahami sebab nilainya dalam bentuk Ah contohnya DIN55 kadarnya adalah 55Ah.

Pemilihan bateri kereta yang sesuai adalah penting untuk memastikan kereta mempunyai kuasa yang cukup untuk pemanduan yang meyakinkan. 

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan bateri kereta yang bersesuaian dengan kereta anda, hubungi hotline TukarBateri ditalian 011-1608 1608. Ejen khidmat pelanggan kami akan tolong anda mengenalpasti bateri kereta yang bersesuaian dengan kereta anda. 

Share
go top