Subaru
- Laman Utama
- Jenama Kereta
- Subaru

Subaru adalah pengeluar kereta Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1953 dengan tujuan menghasilkan kenderaan yang boleh dipercayai dan berprestasi tinggi. Subaru dikenali dengan teknologi kenderaan pacuan semua roda (AWD) dan kemampuannya untuk menghadapi semua jenis cuaca dan kawasan. Beberapa model popular yang dijual adalah XV, Forester, dan Outback.. Kereta Subaru menggunakan bateri kereta Bateri Kowa, Bateri Mayshowa, dan Bateri Panasonic.
Model Kereta





Soalan Lazim
Kereta Subaru menggunakan bateri asid lead. Namun ini bergantung kepada jenis model kereta anda.
Jangka hayat bateri kereta Subaru bergantung kepada pelbagai faktor seperti kualiti bateri, penggunaan kenderaan, dan cara penyelenggaraan. Secara purata, bateri kereta Subaru boleh bertahan selama 3-5 tahun sebelum ia perlu diganti.
Terdapat 2 jenis bateri kereta yang digunakan di Malaysia. Kod JIS (Japanese Industrial Standard) dan Kod DIN (DeutschesInstitutfürNormung). Anda boleh tahu jenis dan saiz bateri kereta anda melalui kod ini di tepi ataupun di atas bateri kereta anda.
Anda boleh perhatikan petanda bateri kereta Subaru lemah apabila anda mengalami masalah seperti kesukaran menghidupkan enjin atau keadaan fizikal bateri kereta kelihatan kembung atau badan bateri bengkak. Jika anda tidak pasti, anda boleh menguji bateri anda dengan mekanik profesional kami secara percuma. Hubungi kami sekarang.
Boleh, namun proses menukar bateri kereta sendiri mungkin terlalu sukar jika anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Anda disarankan untuk mendapatkan mekanik profesional untuk memastikan bateri kereta anda dipasang dengan betul. Cara tukar bateri kereta Subaru paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan menghubungi TukarBateri dan kami lakukannya untuk anda secara percuma.
Harga bateri kereta Subaru adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti model dan tahun kenderaan anda dan jenis bateri. Secara purata,harga bateri kereta Subaru adalah antara RM250 hingga RM400,bergantung pada jenis dan kualiti bateri yang dipilih. Dengan TukarBateri, anda hanya perlu membayar harga bateri, penghantaran & pemasangan adalah PERCUMA!
