Kia

Kia adalah pengeluar kereta Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 1944. Misi syarikat adalah untuk menyediakan kereta berkualiti tinggi dan berpatutan kepada pelanggan di seluruh dunia. Mula bertapak di Malaysia sejak 1990-an, kini menjadi antara jenama kereta kegemaran rakyat tempatan. Beberapa model popular adalah Cerato, Rio, Optima, dan model SUV dan yang terbaru, Seltos. Kereta Kia menggunakan bateri kereta Bateri Kowa, Bateri Mayshowa, dan Bateri Panasonic
Model Kereta


Soalan Lazim
Bateri kereta Kia biasanya adalah bateri asid plumbum, H6 atau bateri ion litium. Jenis bateri yang tepat bergantung pada model dan tahun kereta Kia.
Jangka hayat bateri kereta Kia bergantung kepada pelbagai faktor seperti kualiti bateri, penggunaan kenderaan, dan cara penyelenggaraan. Secara purata, bateri kereta Kia boleh bertahan selama 3-5 tahun sebelum ia perlu diganti.
Terdapat 2 jenis bateri kereta yang digunakan di Malaysia. Kod JIS (Japanese Industrial Standard) dan Kod DIN (DeutschesInstitutfürNormung). Anda boleh tahu jenis dan saiz bateri kereta anda melalui kod ini di tepi ataupun di atas bateri kereta anda.
nda boleh perhatikan petanda bateri kereta Kia lemah apabila anda mengalami masalah seperti kesukaran menghidupkan enjin atau keadaan fizikal bateri kereta kelihatan kembung atau badan bateri bengkak. Jika anda tidak pasti, anda boleh menguji bateri anda dengan mekanik profesional kami secara percuma. Hubungi kami sekarang.
Boleh, namun proses menukar bateri kereta sendiri mungkin terlalu sukar jika anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Anda disarankan untuk mendapatkan mekanik profesional untuk memastikan bateri kereta anda dipasang dengan betul. Cara tukar bateri kereta Kia paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan menghubungi TukarBateri dan kami lakukannya untuk anda secara percuma.
Harga bateri kereta Kia adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti model dan tahun kenderaan anda dan jenis bateri. Secara purata, harga bateri kereta Kia adalah antara RM200 hingga RM400, bergantung pada jenis dan kualiti bateri yang dipilih. Dengan TukarBateri, anda hanya perlu membayar harga bateri, penghantaran & pemasangan adalah PERCUMA!
