Volkswagen
- Laman Utama
- Jenama Kereta
- Volkswagen

Volkswagen ialah pengeluar kereta Jerman yang ditubuhkan pada tahun 1937, dengan matlamat untuk menghasilkan kenderaan yang inovatif. Syarikat ini menawarkan pelbagai model yang memenuhi kehendak dan keperluan pemandu Malaysia, seperti Polo, Golf, dan Passat dan model SUV elektrik terkini, ID.4. Kereta Volkswagen di Malaysia terkenal dengan kualitinya yang premium. Bateri kereta yang digunakan untuk kenderaan Volkswagen adalah Bateri Kowa, Bateri Mayshowa, dan Bateri Panasonic.
Model Kereta










Soalan Lazim
Bateri yang digunakan dalam kereta Volkswagen adalah bateri kereta asid plumbum. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis bateri lain yang digunakan volvo seperti asid plumbum, Absorbent Glass Mat (AGM), Flooded dan Gel.
Jangka hayat bateri kereta Volkswagen bergantung kepada pelbagai faktor seperti kualiti bateri, penggunaan kenderaan, dan cara penyelenggaraan. Secara purata, bateri kereta Volkswagen boleh bertahan selama 3-5 tahun sebelum ia perlu diganti.
Terdapat 2 jenis bateri kereta yang digunakan di Malaysia. Kod JIS (Japanese Industrial Standard) dan Kod DIN (DeutschesInstitutfürNormung). Anda boleh tahu jenis dan saiz bateri kereta anda melalui kod ini di tepi ataupun di atas bateri kereta anda.
Anda boleh perhatikan petanda bateri kereta Volkswagen lemah apabila anda mengalami masalah seperti kesukaran menghidupkan enjin atau keadaan fizikal bateri kereta kelihatan kembung atau badan bateri bengkak. Jika anda tidak pasti, anda boleh menguji bateri anda dengan mekanik profesional kami secara percuma. Hubungi kami sekarang.
Boleh, namun proses menukar bateri kereta sendiri mungkin terlalu sukar jika anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Anda disarankan untuk mendapatkan mekanik profesional untuk memastikan bateri kereta anda dipasang dengan betul. Cara tukar bateri kereta Volkswagen paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan menghubungi TukarBateri dan kami lakukannya untuk anda secara percuma.
Harga bateri kereta Volkswagen adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti model dan tahun kenderaan anda dan jenis bateri. Secara purata,harga bateri kereta Volkswagen adalah antara RM350 hingga RM1,500, bergantung pada jenis dan kualiti bateri yang dipilih. Dengan TukarBateri, anda hanya perlu membayar harga bateri, penghantaran & pemasangan adalah PERCUMA!
