7 July 2026 – TukarBateri dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan dalam melengkapkan Audit Pengawasan 2 ISO 9001:2015 dan ISO 14001:2015 oleh SIRIM, dengan pencapaian sifar ketidakakuran (zero non-conformance).
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan TukarBateri dalam mengekalkan standard tinggi dalam aspek pengurusan kualiti dan pengurusan alam sekitar di seluruh operasi syarikat.
Pensijilan ISO 9001:2015 menyokong usaha kami dalam memastikan kualiti dan perkhidmatan yang konsisten, manakala ISO 14001:2015 mengukuhkan komitmen kami terhadap amalan pengurusan alam sekitar yang bertanggungjawab.
Kejayaan ini juga merupakan hasil daripada usaha, kerjasama dan komitmen seluruh pasukan TukarBateri dalam memastikan proses kerja sentiasa mematuhi standard yang ditetapkan serta ditambah baik secara berterusan.
Kami ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan TukarBateri atas dedikasi dan usaha yang diberikan dalam mencapai pencapaian ini.
Satu lagi pencapaian membanggakan buat TukarBateri, dan satu langkah ke hadapan dalam usaha kami untuk terus meningkatkan kualiti serta perkhidmatan kepada pelanggan.


