13 maksud simbol kereta jika menyala

Sebagai pengguna kereta, mesti anda juga perasan terdapat banyak simbol pada dashboard kereta. Tapi bila ada yang menyala kita selalu tak tahu apa maksud simbol yang menyala tu. Memang tidak semua orang mahir dan hafal maksud simbol tersebut tapi ianya sangat penting untuk pengguna kereta faham erti simbol yang menyala bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kereta yang dipandu.



  1. Lampu Brek Tangan

    Lampu ini memberi maksud brek tangan kereta anda masih belum dilepaskan. Pastikan simbol brek tangan ini tidak menyala sekiranya anda ingin memulakan pemanduan. Dan ketika berhenti, anda digalakkan untuk menarik brek tangan untuk tujuan keselamatan.



  2. Lampu Enjin

    Lampu ini merupakan penunjuk yang memberi maksud keadaan enjin kereta anda. Indikator ini akan menyala sekiranya kereta anda tak boleh dihidupkan atau menghadapi kesukaran untuk dihidupkan. Besar kemungkinan enjin kereta anda ada masalah.



  3. Lampu bateri

    Sekiranya lampu ini menyala ia membawa maksud bateri anda mungkin rosak atau lemah. Mungkin juga alternator bateri anda bermasalah yang mengakibatkan anda tidak dapat menghidupkan enjin kereta anda.



  4. Lampu sistem ABS (Anti-Lock Braking System)

    Sistem brek antikunci ini merujuk kepada sistem yang digunapaki untuk mengelakkan penguncian brek kereta terutamanya ketika dalam kecemasan. Kebiasaannya, lampu ABS ini akan menyala sekiranya sistem brek antikunci kereta anda mengalami masalah. Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan di bengkel dengan segera untuk mengelakkan risiko kerosakan yang teruk dan juga kemalangan yang tidak diingini.



  5. Lampu Traction Control System (TCS)

    Sistem ini merupakan sistem kawalan cengkaman. Ia merupakan fungsi kedua kepada ABS yang memberi maksud kedua-duanya direka khas untuk ciri keselamatan kenderaan ada. TCS berfungsi untuk mencegah tayar anda daripada tergelincir ketika pemanduan dan berfungsi secara automatik ketika memandu di jalan yang licin. Sistem ini dapat mengoptimumkan pemanduan anda sama ada dengan kelajuan yang tinggi ataupun sederhana



  6. Lampu Minyak (Fuel – Bahan Bakar)

    Lampu ini adalah sangat umum untuk difahami oleh pengguna kereta. Ia biasanya akan menyala apabila minyak kereta anda sudah sampai le tahap yang paling minima dan perlu isian semula.



  7. Lampu Tali Pinggang Keledar

    Lampu ini akan menyala menandakan tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu dan penumpang hadapan semasa kereta bergerak.



  8. Lampu Suhu Enjin

    Simbol ini berwarna biru yang menandakan enjin belum cukup panas untuk pemanduan yang optimum. Kebiasaannya berlaku pada awal pagi. Anda dinasihati untuk memandu secara perlahan untuk menjaga kesihatan enjin kereta sehinggalah simbol itu terpadam.

    Simbol yang berwarna merah menandakan tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Sekiranya kejadian ini berlaku, anda harus memberhentikan kereta anda di bahu jalan dan biarkan enjin sejuk seketika sebelum memulakan pemanduan ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.




  9. Lampu Minyak Enjin

    Simbol ini merupakan amran kuantiti minyak enjin yang berkurangan. Anda perlu ke bengkel dengan kadar segera untuk servis minyak enjin anda.



  10. Simbol Electric Power Steering (EPS)

    Lampu amaran ini akan menyala apabila anda ingin menghidupkan enjin dan akan terpadan dengan sendiri apabila engin sudah dihidupkan. Sekiranya lampu amaran tersebut masih menyala sesudah kereta dihidupkan, kemungkinan sistem EPS anda mempunyai masalah. Anda akan mendapati stereng kereta anda sangat berat untuk dikendalikan.



  11. Lampu Bag SRS

    Sekiranya lampu amaran ini menyala, anda diminta untuk membawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kereta anda kerana ia merupakan amaran bahawa beg keselamatan udara anda sedang menghadapi masalah



  12. Lampu Pintu Kereta

    Lampu ini akan menyala sekiranya salah satu pintu atau bonet kereta anda ditutup tidak rapat.



  13. Lampu Mode ECO

    Terdapat hanya pada kereta model baharu yang membawa maksud Ekonomi. Sistem ECO ini menggunakan penggunaan bahan api yang lebih efisien, dalam erti kata lain jimat minyak.

Share
go top