Kereta tak boleh start? Apakah punca-puncanya?

Bangun pagi nak keluar rumah ke tempat kerja, tiba-tiba kereta tak boleh start. Kalau tak kena mood, boleh baran. Mesti ada yang pernah lalui perkara yang sama. Kalau tengah dalam keadaan tergesa-gesa, kereta tak boleh start ni adalah satu mimpi ngeri untuk pemandu kereta.

Biasanya sebelum kereta betul-betul tak boleh dihidupkan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang ia akan mengalami kerosakan tahu-tahu je enjin tak boleh hidup. Namun, dalam kes-kes tertentu, masalah kereta tak boleh start ni boleh dibaiki sendiri oleh pemandu. Sekiranya ia melibatkan enjin, maka khidmat mekanik di bengkal diperlukan.

Kereta Tak Boleh Start – Cara Baiki Kereta Sendiri

  1. Gear kereta pada “D”

    Mungkin sesetengah individu tak pernah mengalami perkara ini tapi ia tidak pelik ya. Kes sebegini biasa berlaku dalam kalangan pengguna kereta. Ketika gear pada mode D, enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Mengapa ia boleh berlaku? Berkemungkinan semasa pemandu mematikan kereta, dia terlupa untuk menukar kepada gear P kerana sedang
    tergesa-gesa.

    Jadi sebelum menghidupkan enjin kereta, biasakan diri anda untuk periksa samada gear anda berada di lever P atau D.

  2. Bateri kereta lemah / rosak

    Bateri kereta berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik untuk menghidupkan enjin kereta. Perkakas elektrik yang ada dalam kereta moden hari ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik seperti sensor, radio, skrin LCD dan banyak lagi

    Jangka hayat bateri kereta bergantung pada cara penggunaan kereta itu sendiri. Sekiranya penggunaan kereta digunakan secara minima, bateri kereta akan cenderung untuk lemah kerana tidak dicas sepenuhnya semasa pemanduan.

    Masalah bateri lemah ini boleh dikenalpasti dengan mudah dengan simbol bateri yg terpapar di dashboard kereta anda. Selain daripada itu, enjin kereta tidak dapat dihidupkan juga merupakan tanda yang menunjukkan bateri kereta anda lemah atau rosak.

    Waranti bateri kereta biasanya dalam tempoh 12 bulan penggunaan. Sekiranya bateri kereta anda masih dalam tempoh waranti, anda boleh menuntut waranti daripada bengkel atau pusat servis. Sekiranya telah tamat tempoh waranti, anda boleh membeli bateri kereta baharu. TukarBateri menyediakan perkhidmatan penghantaran bateri kereta secara percuma ke lokasi anda. Pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan bateri kereta adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang cas tersembunyi.

Kereta Tak Boleh Start – Bawa Kereta ke Bengkel untuk Pemeriksaan

  1. Masalah alternator

    Sekiranya anda telah mengganti bateri baharu namun masalah tak boleh hidupkan enjin kereta berkemungkinan alternator anda sudah rosak. Alternator memainkan peranan penting dalam sistem kereta. Ia berfungsi untuk mengecas elektrik kepada komponen-komponen kereta selain mengecas semula bateri kereta.

    Tanda-tanda alternator rosak

    • Bau getah terbakar
    • Ada bunyi pelik dibahagian enjin
    • Lampu kereta malap
    • Simbol bateri menyala di dashboard kereta
    • Bateri kereta lemah walaupun baru ditukar
  2. Spark Plug rosak (Palam Pencucuh)

    Komponen ini merupakan komponen yang paling penting dalam sistem pembakaran kereta yang berfungsi menyalakan campuran udara dan bahan bakar dalam silinder enjin kereta yang membolehkan kereta anda hidup dan bergerak.

    Tanda-tanda spark plug rosak

    • Kuasa pecutan tidak maksima. Enjin semput
    • Penggunaan bahan api yang tinggi
    • Enjin susah untuk dihidupkan pada waktu pagi
    • Enjin bising
    • Pembakaran bahan api di enjin tidak stabil semasa di mode “idling”
    • Pembakaran bahan api yang tidak sekata

    Biasanya, spark plug perlu diganti mengikut rekomendasi daripada pakar makenik terutamanya apabila keadaan elektrod pada spark plug berminyak dan tebal dengan karbon. Jangka hayat spark plug boleh menjangkau sehingga 45,000km dan perlu digantikan setiap 4-5 kali penyelenggaraan enjin. Cara pemanduan juga memberi faktor yang penting dalam jangka hayat spark plug itu sendiri.

  3. Kerosakan di crank sensor enjin

    Sekiranya crank sensor rosak, enjin dalaman yang memantau kedudukan dan kelajuan putaran crankshaft tidak dapat berfungsi dengan elok. Ia digunakan untuk mengawal suntikan bahan bakar dengan sistem pencucuhan dan parameter enjin yang lain. Kegagalan fungsi sensor ini untuk menghantar maklumat yang tepat boleh menyebabkan kesukaran proses menghidupkan enjin kereta

  4. Electric Control Unit (ECU – unit kawalan elektronik) tak berfungsi dengan baik

    Komponen ini merupakan peranti kecil yang bertanggungjawab untuk mengawal sistem penting kenderaan antaranya ialah kawalan enjin, stereng kereta, tingkap, kunci pintu dan juga beg udara dan sistem keselamatan seperti brek kecemasan automatik (ABS). ECU boleh dikatakan sebagai CPU dalam kereta kerana fungsinya yang sama dengan CPU dalam komputer.

    Tanda ECU kereta rosak

    • Kereta susah nak dihidupkan
    • Penggunaan bahan bakar yang meningkat secara drastik
    • Kuasa enjin berkurangan
    • Simbol periksa enjin di dashboard kereta menyala
  5. Masalah starter kereta rosak

    Ia merupakan peranti elektrik yang digunakan untuk memutar (cranking) enjin untuk memulakan pengoperasian enjin dengan kuasanya sendiri. Selepas enjin dihidupkan, ia akan memutuskan sambungan piston dengan komponen ini dan membolehkan enjin bergantung pada proses pembakaran bahan api.

    Tanda starter kereta rosak

    • Enjin kereta susah untuk dihidupkan
    • Meter dashboard menyala
    • Kereta menghasilkan bunyi pelik semasa dihidupkan
    • Bahagian enjin berasap/berbau semasa enjin dihidupkan

    Dah ada tanda-tanda ni kat kereta anda? Periksa kereta anda di bengkel dan dapatkan khidmat mekanik yang berpengalaman. Elakkan menangguh pemeriksaan dan penukaran komponen-komponen kereta yang penting untuk mengelakkan kerosakkan yang lebh teruk yang akan melibatkan kos yang besar pada masa akan datang.

    Untuk pemeriksaan bateri kereta dengan specialist TukarBateri, anda boleh ke mana-mana outlet TukarBateri untuk pemeriksaan bateri kereta anda. Specialist kami akan bantu anda untuk mengetahui kesihatan bateri kereta dan bilakah sewajarnya bateri kereta ditukar dengan adanya alatan canggih yang tersedia di outlet kami.

Share
go top