Harga bateri kereta adalah topik yang paling hangat diperkatakan pada masa kini. Bateri kereta yang mempunyai banyak variasi mempengaruhi harga sesebuah bateri kereta tersebut. Harga bateri kereta akan berubah-ubah bergantung kepada beberapa faktor seperti faktor ekonomi, teknologi dan pasaran. Selain daripada itu, terdapat juga faktor yang mempengaruhi perubahan harga bateri kereta. Antaranya adalah seperti berikut: 

Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Harga Bateri Kereta

Permintaan dan penawaran

Harga bateri kereta yang munasabah mempengaruhi tingkat permintaan dan penawaran di pasaran. Jika terdapat peningkatan permintaan yang signifikan, berkemungkinan harga bateri akan naik. Sebaliknya sekiranya penawaran bateri meningkat, harga berkemungkinan akan turun. 

Teknologi

Penggunaan teknologi pembuatan bateri kereta boleh mempengaruhi harga. Teknologi yang moden dan canggih dapat mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan output. Hal ini secara tidak langsung menjurus kepada penurunan harga bateri tersebut di pasaran. 

Persaingan di pasaran

Terdapat banyak pesaing di pasaran yang menawarkan harga bateri yang berpatutan dan berkualiti. Ketika ada lebih banyak pengeluaran bateri bersaing di pasaran, maka ini mengakibatkan penurunan harga untuk memonopoli pasaran. 

Senarai Harga Bateri Kereta Terbaik

Harga Bateri Mayshowa Helios

Saiz Harga Trade-in Harga Tanpa Trade- In Waranti
40B19L RM 240 RM 270 12 bulan atau 25,000KM
55B24L / R RM 260 RM 290 12 bulan atau 25,000KM
55B24LS / RS RM 260 RM 290 12 bulan atau 25,000KM
75D23L RM 380 RM 410 12 bulan atau 25,000KM
85D26L / R RM 400 RM 430 12 bulan atau 25,000KM
105D31L / R RM 450 RM 480 12 bulan atau 25,000KM
571L28L (DIN 71) RM 520 RM 550 12 bulan atau 25,000KM
544H21L (DIN 44) RM 360 RM 390 12 bulan atau 25,000KM
585H32L (DIN 85) RM 570 RM 600 12 bulan atau 25,000KM
555H25L / R (DIN55) RM 380 RM 410 12 bulan atau 25,000KM
566H28L (DIN 66) RM 470 RM 500 12 bulan atau 25,000KM
562H25L (DIN 62) RM 400 RM 430 12 bulan atau 25,000KM
574H28L (DIN 75) RM 540 RM 570 12 bulan atau 25,000KM
60038 (DIN 100) RM 620 RM 650 12 bulan atau 25,000KM
M42 L / R RM 340 RM 370 12 bulan atau 25,000KM
Q85L RM 490 RM 520 12 bulan atau 25,000KM

Harga Bateri Mayshowa Energy

Saiz Harga Trade-in Harga Tanpa Trade- In Waranti
46B19L RM 205 RM 235 12 bulan atau 25,000KM
65B24L / R RM 225 RM 255 12 bulan atau 25,000KM
65B24LS / RS RM 225 RM 255 12 bulan atau 25,000KM
85D23L RM 328 RM 358 12 bulan atau 25,000KM
85D26L / R RM 350 RM 380 12 bulan atau 25,000KM
115D31L / R RM 415 RM 445 12 bulan atau 25,000KM
DIN 55 L / R RM 335 RM 365 12 bulan atau 25,000KM
DIN 75 L RM 395 RM 425 12 bulan atau 25,000KM
DIN 100 L RM 490 RM 520 12 bulan atau 25,000KM
DIN 90 RM 450 RM 480 12 bulan atau 25,000KM
M42 L / R RM 300 RM 330 12 bulan atau 25,000KM
Q85L RM 465 RM 495 12 bulan atau 25,000KM
N100L DRY RM 368 RM 398 12 bulan atau 25,000KM
N120L DRY RM 450 RM 480 12 bulan atau 25,000KM
N150L DRY RM 530 RM 560 12 bulan atau 25,000KM
N200L DRY RM 650 RM 680 12 bulan atau 25,000KM

Harga Bateri KOWA

Saiz Harga Trade-in Harga Tanpa Trade- In Waranti
46B19L RM 195 RM 225 12 bulan atau 25,000KM
60B24L / R RM 215 RM 245 12 bulan atau 25,000KM
60B24LS / RS RM 215 RM 245 12 bulan atau 25,000KM
85D23L RM 328 RM 358 12 bulan atau 25,000KM
80D23 L RM 315 RM 345 12 bulan atau 25,000KM
85D26 L / R RM 325 RM 355 12 bulan atau 25,000KM
115D31 L / R RM 380 RM 410 12 bulan atau 25,000KM
DIN 55 L / R RM 310 RM 340 12 bulan atau 25,000KM
DIN 62 L RM 310 RM 340 12 bulan atau 25,000KM
DIN 75 L RM 370 RM 400 12 bulan atau 25,000KM
DIN 100 RM 460 RM 490 12 bulan atau 25,000KM
Q85L RM 435 RM 465 12 bulan atau 25,000KM
M42L RM 330 RM 360 12 bulan atau 25,000KM
DIN 90 L RM 415 RM 445 12 bulan atau 25,000KM

Tips Pemilihan Bateri Kereta

Spesifikasi bateri Kereta

Pemilihan spesifikasi bateri kereta yang bersesuaian dengan kereta anda adalah sangat penting. Setiap pemilik kereta sepatutnya tahu saiz bateri yang digunakan oleh kereta mereka. Saiz bateri kereta secara amnya akan diberikan dalam manual kereta. 

Kualiti Bateri Kereta 

Untuk membolehkan kereta berfungsi dengan baik, pemilihan bateri kereta yang berkualiti standing dengan harga adalah sangat penting. Sebagai pengguna, anda harus mengetahui bahawa bateri kereta anda adalah bateri kereta yang baharu. Bateri kereta yang terlalu lama disimpan ada kemungkinan tak boleh berfungsi dengan baik kerana cecair kimia di dalamnya dah lemah. Selain itu, anda juga perlu periksa sama ada bateri kereta tersebut sudah dicaj sepenuhnya atau tidak untuk elakkan caj tersembunyi daripada pembekal. 

Waranti Bateri Kereta

Ada dua sebab utama kenapa waranti yang lebih lama penting. Pertama, kalau terdapat sebarang kerosakan pada bateri anda, anda boleh pergi ke mana-mana kedai bateri atau tukar bateri kereta tersebut dengan caj rendah atau bagi sesetengah pembekal, secara percuma. Kedua, waranti yang lebih lama juga menunjukkan keyakinan pembekal terhadap kualiti bateri kereta pilihan anda. 

Tips Penjagaan Bateri Kereta 

Periksa Voltan Bateri Kereta

Voltan bateri kereta yang baik mempunyai bacaan 12.5v ke 12.6v. Anda boleh membuat pemeriksaan bateri kereta secara percuma di outlet TukarBateri untuk menjaga jangka hayat bateri kereta supaya dapat digunakan secara optimal. 

Periksa Terminal Bateri Secara Berkala

Terminal bateri cenderung untuk berkarat, terhakis akibat asid, berkulat. Untuk memastikan bateri kereta sentiasa dalam keadaan baik, anda perlu memastikan keadaan terminal bersih. Gunakan bancuhan air dan soda bikarbonat untuk mencucikan terminal tersebut sehingga bersih. Dengan berbuat demikian ia boleh memaksimakan jangka hayat bateri kereta. Selain itu jangan guna sebarang gris pada terminal bateri untuk mengelakkan penyambungan terminal bateri dengan kepala bateri tidak efisien. 

Panaskan Enjin Kereta

Sekiranya kereta anda jarang digunakan, prestasi bateri kereta akan berkurangan dan akan mengakibatkan bateri kereta kong sebelum masanya. Anda boleh menghidupkan kereta anda sekurang-kurangnya dalam 15-20 minit untuk bateri anda “recharge” semula. 

Periksa Penebat Bateri Kereta

Pastikan sarung bateri yang berfungsi sebagai pelindung daripada haba panas enjin dalam keadaan baik. Bateri kereta yang terdedah dengan suhu yang panas secara berlebihan akan menyingkatkan jangka hayat bateri. Sekiranya sudah rosak, anda boleh menukar dengan sarung bateri yang baharu. 

Menggunakan Bateri Kereta Yang Berkualiti

Bateri yang berkualiti haruslah dilengkapi dengan pelindungan waranti. Biasanya waranti sehingga 12 bulan atau 25,000km. Sekiranya penggunaan sistem elektrik dan bateri cemerlang, jangka hayat bateri kereta boleh menjangkau sehingga 2 tahun atau lebih. 

Nyah-aktifkan Sistem Elektronik

Sekiranya anda berhenti untuk berehat, anda dinasihati untuk mematikan semua sistem elektronik dalam kereta untuk mengelakkan kuasa bateri lemah dan mengalami kesukaran untuk menghidupkan enjin nanti. 

Untuk pertanyaan berkenaan harga bateri Mayshowa Energy, harga Mayshowa Helios dan juga harga KOWA, anda boleh hubungi kami di talian 011-16081608. Kami menawarkan bateri yang berkualiti tinggi setara dengan teknologi yang digunakan. Selain itu harga kami juga adalah mampu milik. Jadi tunggu apa lagi? Jom beli bateri kereta dengan TukarBateri!

Share
go top