Baterii Kereta Kong Tepi Jalan? Call TukarBateri!

Dah la tengah nak cepat sampai ke tempat kerja lepastu boleh pulak kereta tiba-tiba mati sebab bateri kereta kong kat tepi jalan. Dah jadi hal… Kena alih pulak kereta kita ke tepi. Kalau lelaki takpe la boleh tolak sendiri. Kalau perempuan? Berat kereta tu dan susah nak tolak! Boleh jadi dia menangis dulu dalam kereta call ayah, abang, suami, boyfriend semua dia call. Time tu pulak masing-masing takde kat area situ. Mesti frust giler kan? Lepastu abang pulak bagi idea tak masuk akal suruh cari kedai bateri kereta kat kawasan tu. Kereta dah mati, nak pergi cari kedai tu naik apa? Nak marah, tapi kena sabar…

Sekiranya perkara seperti diatas berlaku kepada anda, amatlah penting untuk bertenang. Cuba untuk tidak panik… Sebab kalau kita dalam keadaan panik, selalunya kita tak boleh nak berfikir secara rasional. Padahal boleh je benda tu settle dalam masa 30 minit kalau kita bertenang. Sebenarnya kereta anda dah bagi hint yang bateri kereta anda akan kong bila-bila masa je.

Cara Kenalpasti Tanda Bateri Kereta Kong atau Lemah

  1. Enjin kereta susah untuk dihidupkan; mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk dihidupkan
  2. Sering memerlukan bantuan jump-start untuk menghidupkan kereta anda. Terutamanya pada waktu sejuk (waktu pagi atau cuaca hujan) dalam tempoh kurang dari seminggu.
  3. Keadaan fizikal bateri kereta kelihatan sedikit kembung dah membengkak. Hal ini kerana bateri kereta anda telah mencapai tahap maksima dan tidak lagi dapat menerima cas daripada alternator.
  4. Lampu amaran kereta menyala. Oleh sebab bateri tidak lagi dapat menerima cas daripada alternator, simbol bateri akan berkelip-kelip menandakan ada sesuatu yang tak kena dengan bateri kereta dan perlu diperiksa secepat yang mungkin.
  5. Terdapat bau tengik atau berasid. Yang pasti bau tengik tu bukan bau ketiak. Selalunya akan dapat dihidu setelah bonet kereta dibuka, Tapi kadang-kadang dalam cabin kereta pun boleh dihidu.

Punca-punca Bateri Kereta Kong

  1. Lupa tutup lampu kereta. Ini perkara sangat terjadi. Samada lampu luar atau dalam kereta, kedua-duanya boleh menyebabkan bateri kereta kong sekiranya ditinggalkan dalam masa yang lama.
  2. Aksesori kereta berlebihan. Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki aksesori kereta yang banyak, sila periksa kapasiti bateri kereta anda terlebih dahulu untuk seimbangkan jumlah tenaga yang diperlukan. Anda juga disarankan untuk memakai bateri kereta yang besar.
  3. Berlakunya litar pintas dalam bateri. Kereta memerlukan sistem elektrik untuk menghidupkan enjin sebelum boleh dipandu. Sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem kereta termasuklah bateri. Penggunaan wayar yang tak mengikut standard boleh mengakibatkan gangguan kepada kawalan perintang kepada arus sekaligus menyebabkan bateri kereta kong. Keadaan boleh jadi lebih buruk sekiranya lintar pintas tersebut menyebabkan kereta terbakar.
  4. Enjin kereta dah lama tak dihidupkan. Untuk pengetahuan anda, setiap jenis kereta perlu dihidupkan dan digerakkan dengan kerap sekurang-kurangnya 10-15 minit setiap hari untuk membolehkan bateri kereta dicas.
  5. Bateri kereta anda sudah selayaknya ditukar kerana sudah berusia lebih daripada 2-3 tahun.
  6. Pemanduan jarak jauh juga boleh menyebabkan bateri kereta lemah kerana tiada aktiviti pengecasan berlaku semasa perjalanan tersebut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda tersekat dalam kesesakan jalan raya, kebarangkalian untuk bateri anda lemah adalah tinggi.

Sekarang dah senang sebab ada TukarBateri. Call je 011-1608 1608 untuk bantuan servis bateri kereta anda. Lepastu pilih nak bateri kereta jenis apa bergantung pada bajet masing-masing dan jenis bateri kereta yang sesuai dengan model kereta anda. Duduk dalam kereta diam-diam, dalam masa 20 minit rider TukarBateri akan datang ke lokasi anda!

TukarBateri menyediakan perkhidmatan penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan bateri kereta secara percuma. Anda hanya perlu bayar harga bateri kereta sahaja, yang selebihnya adalah percuma. Anda juga boleh singgah ke cawangan TukarBateri yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan diskaun 10% untuk pembelian walk-in. (*tertakluk terma dan syarat). Cawangan kedai bateri kami bukan sahaja tertumpu di kawasan Lembah Klang sahaja. Setakat hari ini, kami mempunyai 20 cawangan TukarBateri di Semenanjung Malaysia.

Lawati Blog Kami Terkini

Share

Post comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

go top