Tips Penjagaan Bateri Kereta Agar Tahan Lebih Lama

Ramai yang berpendapat bahawa enjin kereta adalah komponen yang paling penting dalam kereta. Tapi tahukah anda sekiranya bateri kereta anda tidak boleh berfungsi secara optima, enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan. Bateri kereta juga memainkan peranan yang penting kerana bateri kereta membekalkan kuasa elektrik pada komponen lain dalam kereta.

Sekiranya bateri kereta anda tidak berfungsi dengan baik, ia boleh mengganggu keselesaan pemandu dan juga penumpang kereta. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan bateri kereta anda boleh digunakan dalam jangka masa panjang? Apakah tips penjagaan bateri yang betul untuk penggunaan yang lama.

  1. Periksa kondisi bateri kereta secara berkala

Ramai yang beranggapan bahawa bateri kereta jenis sel kering tidak memerlukan penyelenggaraan berkala. Penyataan tersebut adalah tidak tepat kerana walaupun ianya dikenali dengan “maintenance-free” ia juga perlu diperiksa kondisinya untuk memastikan pengguna dapat menikmati pemanduan yang optima. Anda boleh datang ke mana-mana outlet TukarBateri untuk memeriksa keadaan bateri kereta anda secara percuma.

  • Membersihkan terminal bateri kereta

Pemilik kereta perlu memastikan terminal bateri dalam keadaan yang bersih. Terminal bateri yang diselaputi dengan habuk dan kotoran akan menyebabkan konduktasi elektrik dari bateri ke komponen kereta terhalang.

  • Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan

Untuk kereta keluaran terbaru, ia sudah dilengkapi dengan teknologi terkini yang tidak memerlukan enjin kereta dipanaskan terlebih dahulu. Tapi untuk kereta lama, habit pemanasan enjin perlu dibiasakan demi menjaga keadaan kesihatan bateri kereta anda. Enjin kereta yang tidak dipanaskan akan menyebabkan bateri kereta menjadi overdrawn dan cepat rosak.

  • Memeriksa voltan bateri kereta

Bagi bateri kereta jenis sel kering, anda boleh ke mana-mana bengkel berdekatan untuk memeriksa voltan kereta anda dan pastikan bateri kereta anda >12.0v. Bagi bateri kereta jenis sel basah pula, anda perlu menambah air bateri (distilled water) secara berkala sekiranya kereta anda susah untuk dihidupkan. Ia boleh menjamin jangka hayat bateri kereta tersebut.

  • Pemilihan bateri kereta yang berkualiti

Bateri kereta jenis sel kering yang digunakan pada masa sekarang adalah satu pilihan yang terbaik yang ada di pasaran sekarang. Untuk perjalanan yang lancar, bateri sel kering adalah pilihan yang paling tepat. Bukan sahaja ia lebih mudah untuk diselenggara ia juga boleh menjimatkan masa pengguna. Sekiranya tersalah pilih model bateri kereta ia berkemungkinan akan merosakkan komponen lain dalam kereta anda. Jika bekalan elektrik kepada komponen lain terganggu, tidak mustahil “penyakit” lain yang akan berjangkit sesama komponen komponen yang rosak dan perlu diganti dengan cepat dan ia semestinya memakan belanja yang besar. TukarBateri hanya mengeluarkan dan menjual bateri kereta yang berkualiti. Terdapat banyak testimoni dari pelanggan kami yang sangat berpuas hati dengan kualiti bateri dari TukarBateri. Pemilihan bateri kereta yang berkualiti merupakan perkara yang paling penting kerana kita semua sedia maklum yang ada sesetengah saiz bateri kereta harganya boleh mencecah sehingga RM800.00 ke atas. Jadi sebagai pengguna yang cakna, kita seharusnya tahu bagaimana caranya untuk menjaga bateri kereta supaya ia tahan lama dan boleh digunakan dalam jangka masa

Lawati Blog Kami Terkini

Share

Post comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

go top